Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(a)
bagi maksud mendapatkan di bawah Akta ini pemberian apa-apa jenis atau perihalan lesen bagi dirinya atau mana-mana orang lain atau mana-mana lesen sedemikian, atau bagi maksud menghalang pemberian atau pengubahan mana-mana lesen sedemikian atau mendapatkan pengenaan apa-apa syarat atau sekatan berhubungan dengan mana-mana lesen sedemikian, membuat apa-apa pernyataan atau perisytiharan yang pada pengetahuannya adalah palsu atau
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 594
tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
(b)
memberikan apa-apa butir berhubungan dengan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
(c)
membuat apa-apa catatan dalam rekod, daftar atau dokumen yang lain yang dikehendaki dikeluarkan, disimpankan, disenggarakan atau diberikan di bawah Akta ini yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis itu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau menyediakannya.
(3)
Mana-mana orang yang—
(a)
memalsukan, mengubah, mengganggu, merosakkan, mencacatkan atau menggunakan, atau meminjamkan kepada atau membenar untuk digunakan oleh mana-mana orang lain, apa-apa tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada kenderaan pelancongan atau pada lesen;
(b)
membuat atau mempunyai dalam miliknya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda, plat atau dokumen sedemikian dengan tujuan untuk memperdaya;
Pelesenan Kenderaan Pelancongan 23
(c)
mengubah apa-apa catatan yang dibuat dalam sesuatu daftar, lesen atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;
(d)
mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan pelancongan;
(e)
mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang melambangkan kenderaan pelancongan yang bukan kepunyaan kenderaan motor itu;
(f)
menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod-rekod palsu yang tidak dikehendaki disenggarakan di bawah Akta ini; atau
(g)
memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod-rekod yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Walau apa pun perenggan (3)(d), seseorang tidak boleh didapati bersalah atas suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menganggap bahawa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau bahawa lesen, tanda, plat atau dokumen itu ialah lesen, tanda, plat atau dokumen tiruan.
(5)
Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu dokumen yang dibawa di dalam sesuatu kenderaan pelancongan atau apa-apa lesen atau rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya oleh pemandu atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kenderaan pelancongan menurut Akta ini, ialah dokumen yang berhubungan dengannya suatu kesalahan
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 594
telah dilakukan di bawah seksyen ini, pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh menyita dokumen, lesen atau rekod itu.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuklah lencana dan
“menyita” termasuklah “menanggalkan daripada kenderaan itu”.
Liabiliti pemunya berdaftar dan orang lain