Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 27

(2)

Mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini oleh mana-mana pertubuhan perbadanan merupakan pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpama yang lain pertubuhan perbadanan itu, atau berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

(3)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pengkhidmat, ejen atau pekongsi pemunya sesuatu kenderaan pelancongan hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan pencegahan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu.

(4)

Sekiranya apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pengkhidmat, ejen atau pekongsi pemunya sesuatu kenderaan pelancongan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan oleh pemunya, pengkhidmat, ejen atau pekongsi itu juga melakukan kesalahan itu.

Kuasa polis dalam penyiasatan