Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

* CATATAN—Akta ini terhenti pemakaiannya bagi Semenanjung Malaysia mulai 31 Januari 2011

berbangkit daripada pembuatan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] dan Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]—lihat seksyen 4 Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan

(Pindaan) 2010 [Akta A1374].

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

“bas persiaran” ertinya bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang;

“kenderaan” ertinya sesuatu struktur bermotor yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“kenderaan dibenarkan”, berhubungan dengan sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, ertinya kenderaan yang dinyatakan dalam lesen dan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen itu;

“kenderaan motor” ertinya apa-apa jenis kenderaan, yang digerakkan oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah rumah bermotor yang ditarik;

“kenderaan pelancongan” ertinya sesuatu bas persiaran atau kereta sewa dan pandu;

“kereta sewa dan pandu” ertinya sesuatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya sama ada seorang pelancong atau bukan pelancong, dan digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong atau pelancong-pelancong;

“Ketua Pegawai Polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344] dan termasuklah mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis untuk menjalankan kuasa-kuasa yang terletak hak pada seorang Ketua

Pegawai Polis oleh Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987

[Akta 333] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan

Timbalan Pengarah;

“Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 9

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan termasuklah lesen jangka pendek yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 40 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];

“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi pegawai pengangkutan jalan di bawah seksyen 3

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“pegawai polis” termasuklah seorang pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis bantuan yang dilantik di bawah Akta Polis 1967;

“pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Industri Pelancongan 1992;

“pemandu” ertinya orang yang sedang memandu sesuatu kenderaan motor;

“pemunya”, berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta Pengangkutan

Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu;

“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya sesuatu kenderaan motor di bawah Akta Pengangkutan

Jalan 1987;

“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“perniagaan kenderaan pelancongan”

ertinya perniagaan mengendalikan atau menyewakan kenderaan pelancongan;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Industri Pelancongan 1992;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 1965 [Akta 125].

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 594