Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 33

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, setakat yang perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan selainnya—

(a)

bahawa apa-apa pembawaan pelancong di dalam sesuatu kenderaan pelancongan adalah untuk sewa atau upah;

(b)

bahawa pelancong yang dibawa di dalam sesuatu kenderaan pelancongan dibawa sebagai balasan bagi satu bayaran atau bayaran yang berasingan yang dibuat oleh mereka;

(c)

bahawa sesuatu kenderaan bukanlah suatu kenderaan dibenarkan di bawah Akta ini;

(d)

bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan;

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 27

(e)

bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen yang membenarkannya untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan tertentu;

(f)

bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;

(g)

bahawa seseorang ialah pemunya sesuatu kenderaan pelancongan; atau

(h)

bahawa seseorang ialah pemegang sesuatu lesen.

Penyampaian pemberitahuan atau dokumen