Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 34

(2)

Jika sesuatu pemberitahuan atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, pemberitahuan atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang berikutan dengan hari yang pemberitahuan atau dokumen itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos, jika pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan—

(a)

dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di

Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;

(b)

dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di luar

Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta

Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan Pendaftar

Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya.

(3)

Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Akta ini diberitahu hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu.

Kuasa untuk mengkompaun