Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 39

Peraturan-peraturan

(a)

penetapan dokumen-dokumen dan maklumat yang hendaklah menyertai apa-apa permohonan bagi sesuatu lesen;

(b)

tatacara bagi permohonan dan penentuan persoalan-persoalan berkaitan dengan pemberian, pengubahan,

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 31

penyerahan, penggantungan dan pembatalan lesen dan syarat-syarat yang dikenakan pada lesen, dan berkaitan dengan rayuan;

(c)

pemberian lesen dan pengeluaran salinan lesen dalam hal lesen yang hilang atau musnah;

(d)

kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;

(e)

fi yang kena dibayar, cara pembayaran dan orang yang kena membayar fi, pengecualian mana-mana orang atau golongan orang atau kelas syarikat daripada pembayaran fi sedemikian, atau pengurangan fi sedemikian;

(f)

jagaan lesen, pengemukaan, pengembalian, penyerahan balik dan pembatalan lesen atas penamatan, penggantungan, pembatalan atau pengubahan syarat-syarat lesen dan jagaan, pengemukaan, pengembalian dan penghapusan dokumen;

(g)

bentuk daftar dan rekod-rekod lain yang akan disimpan dan disenggarakan oleh

Pesuruhjaya, peruntukan bagi pembukaan, penyenggaraan dan penutupan daftar dan rekod-rekod lain itu, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar atau rekod dan pembekalan salinan daftar atau rekod dan fi yang kena dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan sedemikian masing-masing;

(h)

pemberitahuan kepada Ketua Pengarah atau Pesuruhjaya mengenai kenderaan pelancongan yang telah terhenti daripada digunakan di bawah suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini;

(i)

rekod-rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen dan pemandu kenderaan dibenarkan dan penyata-penyata yang hendaklah dibuat;

(j)

menetapkan penalti (yang tidak melebihi penalti yang dinyatakan oleh seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

1987) bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(k)

cara yang mengikutnya kenderaan pelancongan akan dikenal pasti sebagai kenderaan dibenarkan, sama ada melalui plat, tanda dan selainnya, dan memperuntukkan perkataan, huruf, nombor, warna atau tanda pengenalan yang berbeza untuk dilekatkan atau tidak dilekatkan pada kenderaan dibenarkan;

(l)

jagaan selamat atau pelupusan apa-apa harta yang dengan tidak sengaja ditinggalkan di dalam sesuatu kenderaan pelancongan dan penetapan bayaran yang dibuat berkenaan dengan jagaan sedemikian.

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan berkenaan dengan kelas atau perihalan kenderaan dibenarkan yang berlainan dan berkenaan dengan kelas dan perihalan kenderaan dibenarkan yang sama dalam hal keadaan yang berlainan.

Peralihan dan kecualian