Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
(2)
Apa-apa lesen, permit atau dokumen lain yang berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan, atau apa-apa pengurangan fi atau apa-apa pengecualian yang dikeluarkan atau diberikan di bawah
Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan berkuat kuasa sebaik sebelum mula berkuat kuasa Akta ini, hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberiannya itu tidak tak selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga habis tempoh, atau diubah, dipinda, digantung atau dibatalkan di bawah Akta ini.
(3)
Jika sesuatu permohonan bagi pemberian sesuatu lesen berkenaan dengan kenderaan pelancongan telah dibuat sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini dan masih belum selesai sebaik sebelum tarikh itu, permohonan itu hendaklah diputuskan dan diteruskan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 oleh
Pelesenan Kenderaan Pelancongan 33
Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian terhadap permohonan yang dibuat itu untuk menyelaraskannya dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga itu berkenaan dengan penerusan prosiding atas permohonan sedemikian.
(4)
Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
masih belum selesai sebelum apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak untuk merayu yang terakru, boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu, seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.
Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan tambahan, dsb.