Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 5

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pesuruhjaya boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 11

sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.

(3)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan pemohon untuk membuat permohonan baru.

Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen