Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 8

(2)

Apabila sesuatu lesen diberikan, Pesuruhjaya hendaklah menyatakan tarikh yang lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habis tempoh lesen itu, dan tarikh-tarikh itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila lesen itu dikeluarkan.

(3)

Jika pada tarikh habis tempoh lesen, selain lesen jangka pendek yang diberikan di bawah seksyen 9, prosiding di hadapan

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 13

Pesuruhjaya tentang permohonan pemegang lesen bagi pembaharuan lesen di bawah seksyen 12 masih belum selesai, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu dibereskan tetapi sementara itu tanpa menjejaskan penjalanan kuasa penggantungan atau pembatalan yang diberikan oleh Akta ini.

Lesen jangka pendek