Malaysia legislation

Section 10

of AKTA HUBUNGAN KONSULAR (KONVENSYEN VIENNA) 1999

Seksyen 10

(2)

Jika mana-mana orang yang merupakan rakyat atau warganegara sesuatu Negara yang baginya Akta ini terpakai—

(a)

berhak mendapat apa-apa wang atau harta lain di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada harta pusaka seseorang orang yang sudah mati atau menerima pembayaran apa-apa wang di Malaysia yang menjadi kena dibayar atas kematian seseorang orang yang sudah mati; atau

(b)

ialah antara orang yang kepadanya apa-apa wang atau harta lain seseorang orang yang sudah mati boleh di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di

Malaysia dibayar atau diserahkan tanpa pemberian probet atau bukti hakmilik yang lain, maka, jika rakyat atau warganegara itu tidak bermastautin di Malaysia, seseorang pegawai konsular Negara itu hendaklah mempunyai hak dan kuasa yang sama untuk menerima dan memberikan suatu pelepasan yang sah bagi mana-mana wang atau harta itu seolah-olah dia telah diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihaknya bagi maksud itu oleh surat kuasa wakil:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh diberi kuasa atau dikehendaki oleh subseksyen ini supaya membayar atau menyerahkan apa-apa wang atau harta kepada seseorang pegawai konsular jika diketahuinya bahawa mana-mana orang lain di Malaysia telah diberi kuasa secara nyata untuk menerima wang atau harta itu bagi pihak rakyat atau warganegara itu.

Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

(3)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di Malaysia, adalah sah bagi surat kuasa mentadbir bagi sesuatu harta pusaka untuk diberikan, menurut kuasa seksyen ini, kepada seorang pegawai konsular seorang sahaja, dan, apabila wakil diri yang sedia ada ialah seorang pegawai konsular yang dilantik menurut kuasa seksyen ini, adalah tidak perlu, dalam apa-apa hal, bagi wakil diri tambahan dilantik.

(4)

Apabila surat kuasa mentadbir diberikan atau apa-apa surat perwakilan diberikan kepada mana-mana pegawai konsular menurut kuasa seksyen ini, penjamin tidaklah dikehendaki bagi mana-mana bon pentadbiran yang diberikan oleh pegawai itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di Malaysia.

(5)

Walau apa pun apa-apa kaedah undang-undang yang memberikan keistimewaan atau kekebalan berkenaan dengan perbuatan dan dokumen rasmi pegawai konsular, seseorang pegawai konsular tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang dilakukan menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah seksyen ini atau berkenaan dengan apa-apa dokumen yang sedang dalam miliknya yang berhubungan dengan perbuatan itu.

(6)

Suatu surat perwakilan yang diberikan menurut kuasa seksyen ini boleh dibuat kepada pegawai konsular melalui gelaran jawatan rasminya dan kepada penggantinya dalam jawatan itu dan jika suatu surat dibuat sedemikian, jawatan pentadbir dan segala harta pusaka, hak, duti dan liabiliti pentadbir (termasuk liabiliti di bawah bon pentadbiran) hendaklah terletak hak pada dan dikenakan ke atas orang yang sedang memegang jawatan itu dan tiada surat baru diperlukan hanya kerana kematian atau pengosongan jawatan orang yang kepadanya surat itu telah dibuat atau yang padanya surat itu terletak hak sebagaimana yang disebut terdahulu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menyentuh apa-apa batasan yang terkandung dalam surat itu atau mana-mana kuasa mahkamah untuk membatalkan surat itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 595 14

Pindaan dan kecualian

Section 10 — CONSULAR RELATIONS (VIENNA CONVENTION) ACT 1999