Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat; dan apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Kerajaan, dan ungkapan-ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.