Malaysia legislation

Section 108

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 108

(2)

Tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara pada sesuatu pendengaran.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (2) tetapi walau apa pun seksyen 37

Akta Profesion Undang-Undang 1976—

(a)

sesuatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan boleh diwakili oleh pekerjanya yang digaji sepenuh masa;

(b)

seseorang orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.

(4)

Jika sesuatu pihak diwakili sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), Tribunal boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu bagi memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidak diletakkan dalam keadaan yang merugikan secara substansial.

Prosiding hendaklah terbuka

Section 108 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my