Malaysia legislation
Section 112
Seksyen 112
Award Tribunal
(2)
Sesuatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki satu atau lebih daripada yang berikut:
(a)
supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;
(b)
supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula mengikut
Akta ini atau kontrak yang pengguna menjadi suatu pihak kepadanya;
(c)
supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;
(d)
supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;
(e)
supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;
(f)
supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut;
(g)
supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;
(h)
supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
(i)
supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak itu;
(j)
bahawa tuntutan itu ditolak.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(f) boleh disifatkan memberi kuasa kepada Tribunal untuk mengawardkan apa-apa ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan bukan wang.
WJW21/1045 Akta 599.indd 115 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 116
Akta 599
Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-undang