Malaysia legislation
Section 124d
Seksyen 124d
Mana-mana Penolong Pengawal boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, menjalankan kuasa yang berikut:
(a)
untuk memasuki mana-mana premis, selain premis yang hanya digunakan untuk rumah kediaman, dan memeriksa atau menentusahkan apa-apa barang atau dokumen;
(b)
untuk mengambil sampel barang atau rekod yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan cara menguji atau selainnya, sama ada kesalahan telah dilakukan;
(c)
untuk membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, rekod atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu; dan
(d)
untuk menghendaki, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi dengan sewajarnya, mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin layan diri, dan jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, Penolong Pengawal sendiri boleh berbuat demikian.
WJW21/1045 Akta 599.indd 123 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 124
Akta 599
Kuasa menangkap 124e. (1) Mana-mana Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau sedang cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14, 16, 20 atau 23.
(2)
Mana-mana Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.
Penggeledahan dengan waran