Malaysia legislation

Section 125

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 125

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelanggaran Akta ini;

(b)

mengambil sampel apa-apa barang atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, rekod atau benda lain yang dijumpai dalam premis itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 124 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 125

(2)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidaklah praktik untuk memindahkan apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disita di bawah subseksyen (1),

Penolong Pengawal itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dijumpai.

(3)

Adalah menjadi suatu kesalahan jika mana-mana orang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (2) atau memindahkan apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian.

(4)

Seseorang Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang didapatinya perlu.

(5)

Seseorang Penolong Pengawal boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka apa-apa pintu luar atau dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;

(b)

masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(c)

memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya;

dan

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai dalam premis itu sehingga tempat itu telah digeledah.

(6)

Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah perenggan (1)(a) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 125 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 126

Akta 599

(7)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (6) boleh menyita atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat, semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu dan apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga suatu perintah mahkamah dibuat untuk pelupusannya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Section 125 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my