Malaysia legislation

Section 126

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 126

Jika seseorang Penolong Pengawal dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 125 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelanggaran itu mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 125 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Waran boleh diterima walaupun cacat 126a.  Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah

Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan apa-apa buku, rekod, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Akses kepada maklumat berekod, data berkomputer, dsb.