Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 12

(a)

jika dia memberi seseorang pengguna gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan boleh didapati; atau

(b)

jika sesuatu gambaran yang diberikan olehnya kepada seseorang pengguna mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan boleh didapati menjadi mengelirukan dan dia tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang pengguna itu daripada bergantung pada gambaran itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 26 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 27

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), tidaklah material—

(a)

sama ada orang yang memberikan gambaran itu bertindak bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak orang lain;

(b)

sama ada atau tidak orang yang memberikan gambaran itu ialah orang itu atau termasuk dalam golongan orang yang daripadanya barang atau perkhidmatan itu boleh didapati;

(c)

sama ada gambaran itu mengelirukan atau menjadi mengelirukan berhubung dengan semua pengguna yang kepadanya gambaran itu diberikan atau hanya berhubung dengan beberapa orang daripada mereka.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu gambaran yang diberikan kepada pengguna adalah mengelirukan mengenai harga atau cara untuk menentukan harga jika apa yang disampaikan oleh gambaran itu, atau apa yang boleh dengan munasabah dijangkakan akan disimpulkan oleh pengguna itu daripada gambaran itu atau apa-apa peninggalan daripadanya, termasuklah mana-mana yang berikut:

(a)

bahawa harga atau cara itu bukanlah pada hakikatnya harga atau cara yang sebenarnya;

(b)

bahawa dapat atau tidaknya harga atau cara itu dipakai tidak bergantung pada fakta atau hal keadaan yang pada hakikatnya gambaran itu bergantung padanya;

(c)

bahawa harga itu meliputi atau cara itu mengambil kira perkara yang berkenaan dengannya suatu caj tambahan pada hakikatnya dibuat;

(d)

bahawa seseorang yang pada hakikatnya tidak mempunyai apa-apa jangkaan, menjangkakan—

(i)

harga itu akan dinaikkan atau diturunkan, sama ada atau tidak pada suatu masa tertentu atau dengan suatu amaun tertentu;

(ii)

harga itu, atau harga itu sebagaimana yang dinaikkan atau diturunkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan dikekalkan, sama ada atau tidak bagi suatu tempoh tertentu;

WJW21/1045 Akta 599.indd 27 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 599

(iii)

cara itu akan diubah, sama ada atau tidak pada suatu masa tertentu atau dalam suatu hal tertentu;

atau

(iv)

cara itu atau cara sebagaimana yang diubah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan tetap tidak diubah, sama ada atau tidak bagi suatu tempoh tertentu;

(e)

fakta atau hal keadaan yang dengan merujuk kepadanya pengguna itu boleh dengan munasabah dijangka menilai kesahan apa-apa perbandingan yang berkaitan yang dibuat atau disiratkan oleh gambaran itu yang bukanlah pada hakikatnya fakta atau hal keadaan yang sebenarnya.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(e), sesuatu perbandingan ialah perbandingan yang berkaitan berhubung dengan harga atau cara menentukan harga, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika perbandingan itu dibuat antara harga atau cara itu atau apa-apa harga yang telah atau boleh ditentukan dengan menggunakan cara itu, dengan—

(a)

apa-apa harga atau nilai yang dinyatakan atau tersirat sebagai atau sebagai telah atau sebagai mungkin dikaitkan atau boleh dikaitkan dengan barang atau perkhidmatan yang berkenaan, atau dengan apa-apa barang atau perkhidmatan lain; atau

(b)

apa-apa cara atau cara lain yang dinyatakan atau tersirat sebagai atau sebagai telah atau sebagai mungkin terpakai atau boleh dipakai bagi menentukan harga atau nilai barang atau perkhidmatan yang berkenaan atau harga atau nilai apa-apa barang atau perkhidmatan lain.

Pengiklanan umpanan