Malaysia legislation

Section 132

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 132

Jika apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan

Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan, hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.

Section 132 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my