Malaysia legislation
Section 135
Seksyen 135
Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu yang tidak melebihi setengah daripada denda itu dalam apa-apa perkadaran sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.
WJW21/1045 Akta 599.indd 132 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 133
(a)
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat atau perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
(b)
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu pendedahan telah dibuat kepada seorang Penolong Pengawal di bawah Akta ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat atau perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan pendedahan itu, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk mendedahkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
(a)
kepada klien peguam bela dan peguam cara itu atau wakil klien itu berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
(b)
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
(3)
Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang didedahkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
WJW21/1045 Akta 599.indd 133 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 134
Akta 599
(4)
Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi suatu pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—
(a)
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa pendedahan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau
(b)
dia mempunyai autoriti yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat pendedahan itu.
(5)
Seseorang Penolong Pengawal atau orang yang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa perkara yang telah dilakukan olehnya dalam penjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang dicadangkan, bagi Akta ini.
Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod, dsb.