Malaysia legislation
Section 137
Seksyen 137
(a)
mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Akta ini;
WJW21/1045 Akta 599.indd 134 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 135
(b)
memberikan atau menyebabkan supaya diberikan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan palsu berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana Penolong Pengawal yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;
(c)
enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Penolong Pengawal bagi maksud mendapatkan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini; atau
(d)
gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana
Penolong Pengawal, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditakrifkan sebagai menghendaki seseorang untuk menjawab apa-apa soalan atau memberikan apa-apa maklumat jika jawapan atau maklumat itu berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Halangan, dsb.