Malaysia legislation
Section 140
Seksyen 140
(2)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1), pengguna hendaklah dibekalkan dengan suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna itu.
(3)
Sesuatu resit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
nama perdagangan dan alamat pembekal;
(b)
tarikh pembelian;
(c)
amaun wang yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
(d)
jumlah amaun wang yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
(e)
jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
WJW21/1045 Akta 599.indd 137 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 138
Akta 599
(f)
apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
(4)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana perniagaan atau kelas perniagaan daripada seksyen ini.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk memerintahkan pematuhan