Malaysia legislation
Section 143
Seksyen 143
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian hendaklah, bersama dengan pertubuhan perbadanan itu, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.