Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
dengan niat untuk tidak mengadakannya; atau
(b)
dengan niat untuk tidak mengadakannya sebagaimana yang ditawarkan.
WJW21/1045 Akta 599.indd 29 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 599
(2)
Tiada seorang pun boleh dalam menawarkan apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan pembelian apa-apa barang atau perkhidmatan, sama ada atau tidak bergantung pada pembelian barang atau perkhidmatan lain—
(a)
mengenakan bayaran yang lebih daripada harga biasa bagi barang atau perkhidmatan yang akan dibeli itu; atau
(b)
mengurangkan kuantiti atau kualiti barang atau perkhidmatan yang akan dibeli itu.
(3)
Seseorang yang menawarkan sesuatu pemberian, hadiah atau benda percuma lain boleh mengenakan apa-apa syarat munasabah ke atas tawaran itu.
(4)
Jika seseorang mengenakan syarat ke atas tawaran itu, dia hendaklah—
(a)
memerihalkan syarat itu dengan jelas;
(b)
memastikan bahawa perihal syarat itu diletakkan berhampiran dengan ungkapan “percuma” atau “tawaran percuma”, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan cara yang mudah dilihat; dan
(c)
memastikan bahawa besar cetakan perihal syarat itu adalah sekurang-kurangnya separuh saiz cetakan yang digunakan bagi ungkapan “percuma” atau “tawaran percuma”.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
“harga biasa” ertinya harga yang padanya barang atau perkhidmatan yang seumpamanya biasanya dijual di pasaran;
“percuma” atau “tawaran percuma” termasuklah apa-apa ungkapan yang mempunyai erti seumpamanya.
WJW21/1045 Akta 599.indd 30 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 31
Dakwaan bahawa barang adalah terhad