Malaysia legislation

Section 150

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 150

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan, berkenaan dengan apa-apa jenis barang atau perkhidmatan atau apa apa kelas atau kelas-kelas barang atau perkhidmatan, suatu standard maklumat pengguna tentang mana-mana atau semua perkara yang berikut:

(i)

pendedahan maklumat, yang berhubungan dengan jenis, gred, kuantiti, asal, pelaksanaan, pemeliharaan, komposisi, kandungan, reka bentuk, pembinaan, penggunaan, harga, kemasan, pembungkusan, penggalakan atau pembekalan barang atau perkhidmatan itu; dan

WJW21/1045 Akta 599.indd 142 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 143

(ii)

bentuk atau cara maklumat itu akan didedahkan apabila dibuat atau berhubung dengan atau berkaitan dengan pembekalan atau pembekalan semula atau penggalakan pembekalan barang atau perkhidmatan itu;

(b)

menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini;

(c)

secara umumnya menetapkan dan memperuntukkan fi di bawah Akta ini dan cara memungut dan membayar fi itu;

(d)

menetapkan butir-butir yang dikehendaki terkandung dalam resit dan nilai urus niaga yang baginya resit dikehendaki dan bagi maksud ini boleh menetapkan nilai yang berlainan bagi urus niaga yang berlainan; dan

(e)

memperuntukkan apa-apa perkara yang di bawah

Akta ini dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi pelaksanaan Akta ini.

(3)

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar perundangan subsidiari itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya.

WJW21/1045 Akta 599.indd 143 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 144

Akta 599

Section 150 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my