Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 16

Tiada seorang pun boleh menuntut atau menyetujui terima, apa-apa bayaran atau balasan lain bagi barang atau perkhidmatan, jika pada masa tuntutan atau penyetujuterimaan itu orang itu—

(a)

tidak berniat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan itu;

(b)

berniat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza secara matan daripada barang atau perkhidmatan yang berkenaan dengannya bayaran atau balasan lain itu dituntut atau diterima; atau

WJW21/1045 Akta 599.indd 31 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 599

(c)

tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia dapat membekalkan barang atau perkhidmatan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan, atau jika tiada tempoh dinyatakan, dalam masa yang munasabah.

Kontrak perkhidmatan hadapan