Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Seseorang pengguna yang membatalkan suatu kontrak perkhidmatan hadapan boleh dikenakan amaun yang berikut oleh pembekal:
(a)
lima peratus daripada harga penuh kontrak;
(b)
kos bagi apa-apa barang yang digunakan atau disimpan oleh pengguna; atau
(c)
bahagian harga penuh kontrak yang merupakan perkhidmatan yang diterima oleh pengguna.
(3)
Jika pengguna telah membayar kepada pembekal wang lebih daripada yang pembekal berhak mengenakan di bawah perenggan (2)(a), (b) atau (c), pembekal hendaklah membayar balik bayaran yang lebih itu atau membolehkan bayaran balik didapati, dalam masa empat belas hari dari pembatalan.
(4)
Pembatalan sesuatu kontrak perkhidmatan hadapan hendaklah mula berkuat kuasa—
(a)
pada masa yang pembatalan itu dimaklumkan kepada pembekal; atau
(b)
jika pembekal tidak dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, pada masa pengguna menunjukkan kepada pembekal dengan cara yang munasabah dalam hal keadaan itu tentang niatnya untuk membatalkan kontrak perkhidmatan hadapan itu.
WJW21/1045 Akta 599.indd 32 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 33
(5)
Tertakluk pada subseksyen (6), pembatalan kontrak perkhidmatan hadapan boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedua-duanya yang menunjukkan niat pengguna untuk membatalkan kontrak itu, dan tidaklah perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu, selagi niat untuk membatalkan kontrak itu jelas.
(6)
Jika pembekal dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, subseksyen (5) hendaklah mula berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa peruntukan nyata dalam kontrak perkhidmatan hadapan itu yang menghendaki notis pembatalan dibuat secara bertulis.
Anggapan mengenai liabiliti bagi iklan