Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Jika perlakuan atau representasi berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan dibuat atau disiarkan dalam iklan, iklan itu hendaklah disifatkan telah dibuat oleh—
(a)
orang yang secara langsung atau tidak langsung mendakwa membekalkan barang atau perkhidmatan itu;
(b)
orang yang bagi pihaknya iklan itu dibuat; atau
(c)
kedua-duanya, mengikut kehendak keadaan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.