Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Kehendak keselamatan umum bagi barang
Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan seksyen 20, tiada seorang pun boleh membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, apa-apa barang yang tidak semunasabahnya selamat dengan mengambil kira semua hal keadaan, termasuk—
(a)
cara, dan maksud yang baginya, barang itu sedang dipasarkan atau akan dipasarkan;
(b)
penyediaan barang itu;
(c)
penggunaan apa-apa cap berhubung dengan barang itu;
dan
(d)
arahan atau amaran berkenaan dengan penyimpanan, kegunaan atau penggunaan barang itu.
Kehendak keselamatan umum bagi perkhidmatan 21a. Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan seksyen 20, tiada seorang pun boleh membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, apa-apa perkhidmatan yang tidak semunasabahnya selamat dengan mengambil kira semua hal keadaan, termasuk—
(a)
sifat perkhidmatan itu, dan komposisi dan cara penyampaian perkhidmatan itu;
WJW21/1045 Akta 599.indd 35 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 599
(b)
kesan perkhidmatan itu terhadap kehidupan dan kesihatan manusia, dan harta benda;
(c)
penampilan, reka bentuk, pelabelan, petunjuk pemasangan atau penggunaan, amaran, petunjuk mengenai pelupusan harta yang berhubungan dengan perkhidmatan itu dan maklumat lain yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan itu; dan
(d)
sama ada terdapat mana-mana kategori orang yang mungkin menghadapi risiko apabila menggunakan perkhidmatan itu.
Pembelaan