Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(a)
kegagalan yang dikatakan itu berpunca daripada pematuhan sesuatu kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(b)
kegagalan yang dikatakan itu ialah kegagalan untuk membuat berhubung dengan apa-apa perkara lebih daripada yang dikehendaki di bawah seksyen 20 dan 21.
(2)
Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah
Bahagian ini, adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh itu jika ditunjukkan bahawa pada masa dia membekalkan, atau menawarkan atau bersetuju untuk membekalkan, atau mendedahkan atau memiliki untuk pembekalan, barang atau perkhidmatan itu, dia—
(a)
tidak tahu; dan
(b)
tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa barang atau perkhidmatan itu gagal untuk mematuhi kehendak seksyen 20 atau 21, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan pengilang.
WJW21/1045 Akta 599.indd 36 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 37
Larangan terhadap barang dan perkhidmatan yang tidak selamat