Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menghendaki pembekal, mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dengan perbelanjaan pembekal itu sendiri, melakukan mana-mana atau kesemua yang berikut:
(a)
memanggil balik barang larangan itu;
(b)
berhenti membekalkan, atau menawarkan untuk membekalkan, barang larangan atau perkhidmatan larangan itu;
(c)
berhenti mengiklankan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu;
(d)
mendedahkan kepada orang ramai apa-apa maklumat yang berhubungan dengan—
(i)
ciri-ciri barang larangan atau perkhidmatan larangan yang menjadikannya tidak selamat;
(ii)
hal keadaan yang dalamnya penggunaan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu tidak selamat;
(iii)
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu atau penggunaan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu sebagaimana yang dinyatakan;
(e)
membaiki atau menggantikan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu;
WJW21/1045 Akta 599.indd 37 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 599
(f)
membayar balik harga yang telah dibayar kepada mana-mana orang yang kepadanya barang larangan atau perkhidmatan larangan itu telah dibekalkan atau nilai balasan yang diberikan bagi barang larangan atau perkhidmatan larangan itu atau apa-apa amaun yang kurang sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira penggunaan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu oleh orang itu.
(3)
Jika perintah dibuat di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah, melalui notis kepada pembekal, menghendaki pembekal supaya mengambil mana-mana atau semua tindakan yang disebut dalam perintah itu.
(4)
Suatu notis di bawah subseksyen (3) tidak perlu diberikan secara langsung kepada pembekal dan boleh diberikan secara umum, termasuk meletakkan notis dalam media berita umum, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal, dengan syarat bahawa notis itu jelas dan munasabah.
(5)
Pembekal hendaklah mematuhi semua kehendak dalam mana-mana perintah dan notis yang dibuat di bawah seksyen ini.
(6)
Selanjutnya dan tanpa menjejaskan yang di atas, jika suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa—
(a)
tiada seorang pun boleh membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, apa-apa barang larangan atau perkhidmatan larangan; dan
(b)
tiada seorang pembekal pun boleh—
(i)
jika notis itu mengenal pasti suatu kecacatan pada, atau sesuatu ciri yang membahayakan bagi, barang larangan atau perkhidmatan larangan itu, membekalkan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang dengannya perintah itu berkaitan yang mengandungi kecacatan atau ciri itu; atau
(ii)
dalam apa-apa hal lain, membekalkan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang dengannya perintah itu berkaitan.
WJW21/1045 Akta 599.indd 38 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 39
Larangan pengimportan barang atau perkhidmatan