Malaysia legislation

Section 24

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 24

Pengimportan apa-apa barang atau perkhidmatan atau kelas barang atau perkhidmatan yang tidak mematuhi peruntukan dalam

Bahagian ini adalah dilarang.

Bahagian IIIa

TERMA KONTRAK TIDAK ADIL

Tafsiran bagi maksud Bahagian IIIa 24a.  Dalam Bahagian ini—

(a)

“kontrak” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2

Akta Kontrak 1950 [Akta 136];

(b)

“kontrak bentuk seragam” ertinya kontrak pengguna yang telah dirangka untuk kegunaan umum dalam sesuatu industri, sama ada atau tidak kontrak itu berbeza daripada kontrak lain yang pada kebiasaannya digunakan dalam industri itu; dan

(c)

“terma tidak adil” ertinya terma dalam kontrak pengguna, dengan mengambil kira semua hal keadaan, menyebabkan ketidakseimbangan yang signifikan dalam hak dan tanggungjawab pihak-pihak di bawah kontrak itu sehingga merugikan pengguna.

Pemakaian Bahagian IIIa 24b.  Tanpa menjejaskan peruntukan di bawah Akta Kontrak 1950,

Akta Relief Spesifik 1950 [Akta 137], Akta Jualan Barang 1957

[Akta 382] dan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa, peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai bagi semua kontrak.

WJW21/1045 Akta 599.indd 39 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 599

Ketidakadilan am dari segi tatacara 24c.  (1)  Sesuatu kontrak atau terma kontrak adalah tidak adil dari segi tatacaranya sekiranya kontrak atau terma kontrak itu menyebabkan kelebihan yang tidak adil kepada pembekal atau kerugian yang tidak adil kepada pengguna akibat perlakuan pembekal atau cara atau hal keadaan bila mana kontrak atau terma kontrak telah dibuat atau dicapai antara pengguna dan pembekal.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mahkamah atau Tribunal boleh mempertimbangkan hal keadaan yang berikut:

(a)

pengetahuan dan pemahaman pengguna berhubung dengan makna terma-terma kontrak atau kesannya;

(b)

kekuatan tawar-menawar pihak-pihak kepada kontrak dibandingkan antara satu sama lain;

(c)

standard yang munasabah dalam menentukan suatu urus janji yang adil;

(d)

sama ada atau tidak, sebelum atau pada masa membuat kontrak, terma-terma kontrak itu telah dirundingi atau adalah sebahagian daripada suatu kontrak bentuk seragam;

(e)

sama ada atau tidak bahawa adalah semunasabahnya praktikal bagi pengguna untuk merundingkan pengubahan kepada kontrak atau suatu terma kontrak atau untuk menolak kontrak atau terma kontrak itu;

(f)

sama ada ungkapan yang terkandung dalam kontrak adalah dalam cetakan halus atau sukar untuk dibaca atau difahami;

(g)

sama ada atau tidak, walaupun pengguna adalah kompeten untuk membuat suatu kontrak berdasarkan keupayaan dan kewarasan akal fikirannya, pengguna itu—

(i)

secara munasabahnya tidak dapat melindungi kepentingannya sendiri atau kepentingan mana-mana pihak yang diwakili olehnya pada masa kontrak itu dibuat; atau

WJW21/1045 Akta 599.indd 40 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 41

(ii)

mengalami kerugian yang serius berbanding dengan pihak lain kerana pengguna itu tidak memahami secukupnya kontrak atau terma kontrak itu atau kesannya disebabkan faktor umur, keuzuran, atau ketidakupayaan fizikal, mental, pendidikan atau linguistik, atau tekanan emosi atau kejahilan dalam urusan perniagaan;

(h)

sama ada atau tidak nasihat perundangan atau nasihat pakar lain, yang bebas, diperoleh oleh pengguna yang membuat kontrak itu;

(i)

setakat mana, jika ada, peruntukan kontrak atau terma kontrak atau kesannya dari segi undang-undang atau pelaksanaannya dijelaskan secara terperinci oleh mana-mana orang kepada pengguna yang membuat kontrak itu;

(j)

perlakuan pihak-pihak yang membuat kontrak itu berbanding dengan pelakuan pihak-pihak itu dalam kontrak atau urusan yang seumpamanya antara mereka; dan

(k)

sama ada pengguna bergantung kepada kemahiran, pengurusan atau nasihat pembekal atau seseorang yang berkaitan dengan pembekal semasa membuat kontrak itu.

Ketidakadilan am yang substantif 24d.  (1)  Kontrak atau terma kontrak adalah tidak adil secara substantif jika kontrak atau terma kontrak itu—

(a)

adalah dengan sendirinya keras;

(b)

adalah menindas;

(c)

adalah tidak berpatutan;

(d)

mengecualikan atau mengehadkan liabiliti bagi kecuaian;

atau

(e)

mengecualikan atau mengehadkan liabiliti bagi memungkiri terma kontrak yang nyata atau tersirat tanpa justifikasi yang kukuh.

WJW21/1045 Akta 599.indd 41 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 599

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mahkamah atau Tribunal boleh mempertimbangkan hal keadaan yang berikut:

(a)

sama ada atau tidak kontrak atau terma kontrak itu mengenakan syarat—

(i)

yang sukar secara yang tidak munasabah untuk dipatuhi; atau

(ii)

yang tidak semunasabahnya perlu untuk melindungi kepentingan yang sah bagi pembekal yang merupakan pihak dalam kontrak;

(b)

sama ada kontrak adalah secara lisan atau keseluruhannya atau sebahagiannya secara bertulis;

(c)

sama ada kontrak adalah dalam bentuk seragam;

(d)

sama ada kontrak atau terma kontrak adalah bertentangan dengan standard yang munasabah dalam menentukan urusan yang adil;

(e)

sama ada kontrak atau terma kontrak telah mengakibatkan pertukaran nilai wang yang tidak setara atau ketidakseimbangan yang substantif antara pihak-pihak;

(f)

sama ada faedah yang akan diterima oleh pengguna yang membuat kontrak nyata tidak seimbang atau tidak sesuai, bagi hal keadaan pengguna itu;

(g)

sama ada pengguna yang membuat kontrak itu mempunyai hubungan fidusiari dengan pembekal; dan

(h)

sama ada kontrak atau terma kontrak itu—

(i)

nyata menghendaki jaminan yang berlebih-lebihan bagi pelaksanaan obligasi di bawah kontrak;

(ii)

mengenakan penalti yang tidak setara dengan kesan daripada pelanggaran kontrak;

(iii)

menolak atau mendenda pembayaran balik lebih awal hutang;

WJW21/1045 Akta 599.indd 42 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 43

(iv)

membolehkan pembekal sepihak sahaja untuk menamatkan kontrak tanpa alasan yang baik atau tanpa membayar pampasan munasabah; atau

(v)

membolehkan pembekal sepihak sahaja untuk mengubah suai terma kontrak.

Beban pembuktian 24e.  Sekiranya kontrak atau terma kontrak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti, atau mengecualikan hak, tugas dan liabiliti, adalah di pihak pembekal yang bersandar kepada pengecualian atau pengehadan itu untuk membuktikan bahawa pengecualian atau pengehadan itu tidak dibuat tanpa justifikasi yang kukuh.

Kuasa untuk membangkitkan isu ketidakadilan 24f.  Suatu mahkamah atau Tribunal boleh, dalam prosiding di hadapannya, membangkitkan isu tentang sama ada kontrak atau terma kontrak adalah tidak adil di bawah seksyen 24c dan 24d, walaupun tiada pihak yang membangkitkan isu itu dalam pliding mereka.

Kesan terma tidak adil 24g.  (1)  Dalam Bahagian ini, jika mahkamah atau Tribunal membuat kesimpulan, dengan mengambil kira seksyen 24c dan 24d bahawa suatu kontrak atau terma kontrak adalah tidak adil sama ada dari segi tatacaranya atau secara substantif atau kedua-duanya, mahkamah atau Tribunal boleh memutuskan bahawa kontrak atau terma kontrak itu tidak boleh dilaksanakan atau batal dan mahkamah boleh memberikan penghakiman, dan

Tribunal boleh membuat award sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 112 Akta ini.

(2)

Mahkamah atau Tribunal boleh menentukan sama ada apa-apa terma kontrak tidak adil dari segi tatacaranya atau secara substansial, atau kedua-duanya, boleh diasingkan, dan sama ada dan setakat mana dan dalam apa cara, terma kontrak yang selebihnya boleh dikuatkuasakan atau diberikan kesan.

WJW21/1045 Akta 599.indd 43 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 599

Kontrak yang telah dilaksanakan 24h.  Mahkamah boleh memberikan penghakiman, dan Tribunal boleh membuat award sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 112 Akta ini, walaupun kontrak itu telah dilaksanakan sepenuhnya atau sebahagiannya dan bagi maksud itu mahkamah atau Tribunal boleh mempertimbangkan—

(a)

sama ada dan setakat mana restitusi boleh diberikan berdasarkan kepada fakta dan hal keadaan sesuatu kes itu; dan

(b)

jika apa-apa restitusi tidak boleh diberikan, keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada apa-apa pampasan boleh dibayar.

Pelanggaran Bahagian IIIa adalah suatu kesalahan 24i.  (1)  Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan

Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya.

(2)

Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (1), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

WJW21/1045 Akta 599.indd 44 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 45

Peraturan-peraturan yang berhubungan dengan terma kontrak tidak adil 24j.  Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat olehnya berkenaan dengan Bahagian ini.

Bahagian IIIb

URUS NIAGA JUALAN KREDIT

Pemakaian Bahagian IIIb 24k.  (1)  Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Kontrak 1950,

Akta Relief Spesifik 1950 dan Akta Jualan Barang 1957, peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai bagi semua perjanjian jualan kredit.

(2)

Bahagian ini tidak terpakai bagi urus niaga jualan kredit yang dibuat antara pembeli dengan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] atau apa-apa urus niaga jualan yang melibatkan kad kredit.

Tafsiran bagi maksud Bahagian IIIb 24l.  Bagi maksud Bahagian ini—

“amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar”

ertinya jumlah amaun yang kena dibayar oleh pembeli di bawah suatu perjanjian jualan kredit dan amaun yang diperoleh daripada caj terma atas ansuran lampau tempoh yang belum dibayar ditolak—

(a)

jumlah amaun ansuran yang dibayar oleh atau bagi pihak pembeli itu, tidak termasuk deposit; dan

(b)

rebat berkanun, jika ada;

“barang” ertinya apa-apa barang atau kelas barang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 24m;

WJW21/1045 Akta 599.indd 45 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 599

“caj terma” ertinya suatu faedah yang dikira pada suatu kadar setahun atas amaun permulaan yang dibiayai oleh pemberi kemudahan kredit dalam suatu perjanjian jualan kredit;

“kemudahan kredit” ertinya suatu kemudahan yang diberikan oleh pemberi kemudahan kredit kepada pembeli di bawah suatu urus niaga jualan kredit yang membenarkan bayaran bagi barang yang dijual dibuat secara ansuran;

“pemberi kemudahan kredit” ertinya mana-mana orang, termasuk penjual, yang memberikan kemudahan kredit kepada pembeli dalam suatu urus niaga jualan kredit;

“pengedar” ertinya seseorang, selain pekerja pemberi kemudahan kredit, yang berunding bagi pihak pemberi kemudahan kredit bagi maksud membuat suatu perjanjian jualan kredit;

“penjual” ertinya mana-mana orang yang menjual barang kepada mana-mana pembeli melalui suatu urus niaga jualan kredit;

“perjanjian jualan kredit” ertinya suatu perjanjian yang dibuat antara pembeli, yang merupakan seorang pengguna, dengan pemberi kemudahan kredit bagi jualan barang yang dengannya—

(a)

suatu kemudahan kredit diberikan oleh pemberi kemudahan kredit itu kepada pembeli itu dalam suatu urus niaga jualan kredit bagi barang itu; dan

(b)

bayaran kredit bagi barang yang dibeli itu dibuat oleh pembeli kepada pemberi kemudahan kredit secara ansuran;

“rebat berkanun” ertinya—

(a)

suatu rebat atas caj terma yang belum dijelaskan yang dikira mengikut formula yang ditetapkan; atau

(b)

suatu rebat atas amaun premium yang dibayar berkenaan dengan insurans barang, yang diberikan atas penyelesaian awal pembayaran amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar di bawah suatu perjanjian jualan kredit;

WJW21/1045 Akta 599.indd 46 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 47

“urus niaga jualan kredit” ertinya suatu urus niaga kredit antara pemberi kemudahan kredit dengan pembeli bagi pembayaran barang yang dibeli secara ansuran.

Kuasa Menteri untuk menetapkan barang 24m.  Bagi maksud Bahagian ini, suatu perjanjian jualan kredit hanya boleh dibuat berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Prasyarat perjanjian jualan kredit 24n.  (1)  Sebelum apa-apa perjanjian jualan kredit dibuat berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang, penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar, yang menjalankan rundingan yang membawa kepada pembuatan perjanjian jualan kredit hendaklah menyerahkan kepada bakal pembeli suatu pernyataan bertulis yang ditetapkan yang berhubungan dengan ringkasan obligasi kewangan bakal pembeli itu yang dilengkapkan dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh penjual, pemberi kemudahan kredit, orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Selepas pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) diserahkan dan apabila permohonan dibuat—

(a)

oleh bakal pembeli itu kepada penjual atau orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau pengedar itu, yang disebut dalam subseksyen (1), penjual, orang atau pengedar itu hendaklah mengambil apa-apa langkah untuk mendapatkan persetujuan pemberi kemudahan kredit untuk memberikan kemudahan kredit kepada bakal pembeli itu dan pemberi kemudahan kredit itu boleh memberikan persetujuannya; atau

(b)

oleh bakal pembeli itu kepada pemberi kemudahan kredit yang disebut dalam subseksyen (1), pemberi kemudahan kredit itu boleh memberi persetujuannya untuk memberikan kemudahan kredit kepada bakal pembeli itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 47 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 599

(3)

Pemberi kemudahan kredit boleh mengenakan suatu fi pemprosesan yang tidak melebihi fi yang ditetapkan ke atas bakal pembeli yang membuat permohonan di bawah subseksyen (2).

(4)

Pemberi kemudahan kredit itu hanya boleh mengenakan satu fi pemprosesan berkenaan dengan satu perjanjian jualan kredit tanpa mengira bilangan barang yang dibeli di bawah perjanjian itu.

(5)

Selepas persetujuan pemberi kemudahan kredit untuk memberikan kemudahan kredit kepada bakal pembeli diberikan di bawah subseksyen (2), penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyerahkan kepada bakal pembeli itu suatu pernyataan bertulis yang ditetapkan yang berhubungan dengan persetujuan pemberi kemudahan kredit untuk memberikan kemudahan kredit kepada bakal pembeli itu yang dilengkapkan dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh pemberi kemudahan kredit itu.

(6)

Pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1)

dan (5) hendaklah diserahkan dengan menghantarserahkan pernyataan bertulis itu sendiri kepada bakal pembeli atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya yang hendaklah mengaku terima pernyataan bertulis itu.

(7)

Mana-mana bakal pembeli yang telah diserahkan dengan pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) atau (5)

tiada apa-apa obligasi untuk membuat apa-apa perjanjian jualan kredit, dan tiada bayaran atau balasan lain yang boleh dikehendaki daripadanya berkenaan dengan penyediaan atau penyerahan pernyataan bertulis itu.

(8)

Tiada perjanjian jualan kredit boleh dibuat dalam tempoh sepuluh hari bekerja selepas penyerahan pernyataan bertulis di bawah subseksyen (5).

(9 Walau apa pun subseksyen (8), bakal pembeli boleh memilih untuk membuat suatu perjanjian jualan kredit selepas tiga hari bekerja dari tarikh penyerahan pernyataan bertulis di bawah subseksyen (5).

WJW21/1045 Akta 599.indd 48 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 49

(10)

Pemberi kemudahan kredit hendaklah membayar balik fi pemprosesan yang dikenakan di bawah subseksyen (3) kepada bakal pembeli jika—

(a persetujuan pemberi kemudahan kredit itu untuk memberikan kemudahan kredit tidak diberikan di bawah subseksyen (2); atau

(b)

bakal pembeli itu memilih untuk tidak membuat perjanjian jualan kredit itu.

(11)

Suatu perjanjian jualan kredit yang dibuat dengan melanggar subseksyen (1), (5), (6), (7), (8) atau (9) adalah tidak sah.

(12)

Jika pengedar atau orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit menjalankan rundingan yang membawa kepada pembuatan suatu perjanjian jualan kredit dengan melanggar subseksyen (1) atau (5), dan selepas itu penjual atau pemberi kemudahan kredit itu membuat suatu perjanjian jualan kredit, walaupun perjanjian jualan kredit itu adalah tidak sah, pengedar atau orang itu melakukan suatu kesalahan.

(13)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengenakan suatu obligasi ke atas bakal pembeli untuk membuat apa-apa perjanjian jualan kredit selepas pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1)

atau (5) diserahkan kepada bakal pembeli itu; atau

(b)

menghendaki bakal pembeli untuk membuat apa-apa bayaran atau memberikan balasan lain berkenaan dengan penyediaan atau penyerahan pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) atau (5), walaupun perjanjian jualan kredit itu adalah tidak sah, melakukan suatu kesalahan.

(14)

Pemberi kemudahan kredit yang membuat suatu perjanjian jualan kredit dengan melanggar subseksyen (1), (5), (6), (8)

atau (9), walaupun perjanjian jualan kredit itu adalah tidak sah, melakukan suatu kesalahan.

(15)

Pemberi kemudahan kredit yang gagal mematuhi subseksyen (3), (4) atau (10) melakukan suatu kesalahan.

WJW21/1045 Akta 599.indd 49 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 599

Perjanjian jualan kredit hendaklah dibuat secara bertulis 24o.  (1)  Suatu perjanjian jualan kredit berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang hendaklah dibuat secara bertulis dan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

(2)

Suatu perjanjian jualan kredit yang melanggar subseksyen (1) adalah tidak sah.

(3)

Pemberi kemudahan kredit yang membuat suatu perjanjian jualan kredit yang tidak mematuhi subseksyen (1), walaupun perjanjian jualan kredit itu adalah tidak sah, melakukan suatu kesalahan.

Kandungan perjanjian jualan kredit 24p.  (1)  Tiap-tiap perjanjian jualan kredit—

(a)

hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(i)

tarikh perjanjian jualan kredit itu mula berkuat kuasa;

(ii)

bilangan ansuran bulanan yang hendaklah dibayar oleh pembeli di bawah perjanjian jualan kredit itu;

(iii)

amaun bagi setiap ansuran, dan orang yang kepadanya dan tempat di mana bayaran ansuran itu hendaklah dibuat;

(iv)

tarikh bagi pembayaran setiap ansuran;

(v)

perihalan mana-mana bahagian balasan yang diberikan atau yang akan diberikan selain tunai;

(vi)

perihalan barang yang mencukupi untuk mengenal pasti barang itu;

(vii)

alamat di mana barang di bawah perjanjian jualan kredit itu disimpan atau digunakan;

WJW21/1045 Akta 599.indd 50 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 51

(viii)

caj terma, dan caj sampingan termasuk caj bayaran lewat, fi pemprosesan, fi penyimpanan, fi pungutan atau caj penghantarserahan, jika ada; dan

(ix)

hak dan obligasi pembeli dan pemberi kemudahan kredit;

(b)

hendaklah mengandungi maklumat yang berikut dalam bentuk jadual:

(i)

harga tunai, iaitu harga yang mungkin dibayar oleh pembeli untuk barang itu, jika dia membeli barang itu secara tunai, pada masa menandatangani perjanjian jualan kredit itu;

(ii)

amaun yang dibayar atau diberikan secara deposit, termasuk apa-apa fi tempahan, oleh pembeli yang menunjukkan secara berasingan amaun yang dibayar secara tunai dan amaun yang diberikan melalui apa-apa balasan selain tunai, jika ada;

(iii)

caj tambang muatan, iaitu apa-apa amaun yang ditanggung bagi perbelanjaan untuk menghantarserahkan barang kepada pembeli, dan termasuk apa-apa amaun yang ditanggung berdasarkan pesanan penghantarserahan pembeli, jika ada;

(iv)

fi pendaftaran kenderaan, iaitu apa-apa amaun yang kena dibayar bagi fi pendaftaran kenderaan berkenaan dengan suatu kenderaan motor, jika ada;

(v)

apa-apa amaun yang kena dibayar bagi insurans berkenaan dengan barang atau mana-mana daripada barang itu, jika ada;

(vi)

jumlah amaun yang disebut dalam subperenggan

(i)

, (iii), (iv) dan (v) ditolak deposit yang disebut dalam subperenggan (ii), jika ada;

(vii)

caj terma;

WJW21/1045 Akta 599.indd 51 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 599

(viii)

kadar peratusan tahunan bagi caj terma yang hendaklah dikira mengikut formula yang ditetapkan;

(ix)

baki permulaan yang kena dibayar, iaitu jumlah amaun yang disebut dalam subperenggan (vi)

dan (vii); dan

(x)

jumlah amaun yang kena dibayar yang hendaklah mengandungi—

(A)

amaun yang disebut dalam subperenggan

(ii)

, (vi) dan (vii); atau

(B)

amaun yang disebut dalam subperenggan

(i)

, (iii), (iv), (v) dan (vii); dan

(c)

tidak boleh mengandungi apa-apa maklumat yang berbeza dalam apa-apa cara yang material daripada maklumat yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b).

(2)

Suatu perjanjian jualan kredit yang melanggar subseksyen (1) adalah tidak sah.

(3)

Pemberi kemudahan kredit yang membuat suatu perjanjian jualan kredit dengan melanggar subseksyen (1), walaupun perjanjian jualan kredit itu adalah tidak sah, melakukan suatu kesalahan.

Pemunyaan barang yang dibeli di bawah perjanjian jualan kredit 24q.  Apabila perjanjian jualan kredit ditandatangani, pemunyaan barang yang dibeli hendaklah berpindah kepada pembeli.

Hak dan obligasi pembeli 24r.  (1)  Berhubung dengan suatu perjanjian jualan kredit, pembeli—

(a)

berhak untuk memilih sama ada perjanjian itu dibuat dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebelum perjanjian itu ditandatangani;

WJW21/1045 Akta 599.indd 52 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 53

(b)

berhak kepada gerenti tersirat bahawa dia hendaklah mempunyai dan menikmati milikan aman barang itu;

dan

(c)

berhak kepada gerenti tersirat bahawa barang itu hendaklah bebas daripada apa-apa gadaian atau bebanan.

(2)

Berhubung dengan suatu perjanjian jualan kredit, pembeli hendaklah—

(a)

membayar amaun ansuran bulanan yang kena dibayar kepada pemberi kemudahan kredit pada tarikh pembayaran yang dipersetujui bagi setiap ansuran;

(b)

menyebabkan supaya barang yang dibeli itu diinsuranskan atas namanya selama tempoh perjanjian itu, jika berkenaan;

dan

(c)

apabila diminta oleh pemberi kemudahan kredit di bawah perenggan 24s(1)(a), memaklumkan pemberi kemudahan kredit secara bertulis di mana barang itu disimpan atau digunakan, atau jika barang itu tiada dalam milikannya, kepada siapa dia telah menghantarserahkan barang itu atau hal keadaan yang dia telah kehilangan milikan barang itu.

Hak dan obligasi pemberi kemudahan kredit 24s.  (1)  Berhubung dengan suatu perjanjian jualan kredit, pemberi kemudahan kredit berhak untuk—

(a)

meminta, melalui notis secara bertulis, pembeli untuk menyatakan secara bertulis di mana barang itu disimpan atau digunakan, atau jika barang itu tiada dalam milikan pembeli, kepada siapa pembeli telah menghantarserahkan barang itu atau hal keadaan yang pembeli itu telah kehilangan milikan barang itu;

(b)

menyebabkan supaya barang itu diinsuranskan atas nama pembeli terhadap apa-apa risiko yang difikirkan patut oleh pemberi kemudahan kredit itu, jika ada, selama tempoh perjanjian jualan kredit itu; dan

WJW21/1045 Akta 599.indd 53 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 599

(c)

memungut apa-apa fi tempahan atau deposit daripada pembeli berkenaan dengan apa-apa barang yang dibeli, jika berkenaan.

(2)

Berhubung dengan suatu perjanjian jualan kredit, pemberi kemudahan kredit hendaklah—

(a)

menyerahkan suatu salinan perjanjian jualan kredit itu kepada pembeli dalam masa dua puluh satu hari selepas perjanjian jualan kredit itu dibuat;

(b)

memberikan suatu resit kepada pembeli berkenaan dengan setiap bayaran ansuran yang dibuat;

(c)

tertakluk pada subseksyen (3), pada bila-bila masa sebelum bayaran ansuran terakhir dibuat di bawah perjanjian jualan kredit itu, dan dalam masa dua puluh satu hari selepas pemberi kemudahan kredit itu menerima suatu permintaan secara bertulis daripada pembeli, membekalkan kepada pembeli itu suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pemberi kemudahan kredit itu yang menunjukkan—

(i)

jumlah amaun yang telah dibayar kepada pemberi kemudahan kredit itu oleh atau bagi pihak pembeli;

(ii)

amaun yang telah genap masa di bawah perjanjian itu tetapi belum dibayar;

(iii)

amaun yang akan kena dibayar di bawah perjanjian itu; dan

(iv)

amaun yang diperoleh daripada caj terma bagi ansuran lampau tempoh;

(d)

mengeluarkan suatu kad kuasa kepada mana-mana orang yang bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit bagi maksud memungut atau menerima bayaran ansuran atau apa-apa amaun yang belum dijelaskan di bawah perjanjian jualan kredit itu, atau memungut atau menerima barang yang diserahkan balik oleh pembeli di bawah seksyen 24w; dan

WJW21/1045 Akta 599.indd 54 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 55

(e)

jika pengedar atau orang yang bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit itu bagi maksud memungut atau menerima bayaran ansuran atau apa-apa amaun yang belum dijelaskan di bawah perjanjian jualan kredit itu, atau memungut atau menerima barang yang diserahkan balik oleh pembeli, telah terhenti menjadi pengedar atau orang yang sedemikian itu, memaklumkan pembeli secara bertulis tentang pemberhentian itu dan bahawa tiada bayaran ansuran atau penyerahan balik barang boleh dibuat kepada pengedar atau orang itu.

(3)

Pemberi kemudahan kredit boleh untuk tidak mematuhi permintaan yang disebut dalam perenggan (2)(c) jika dia telah membekalkan kepada pembeli itu pernyataan yang disebut dalam perenggan itu dalam tempoh tiga bulan sebaik sebelum permintaan itu diterima.

(4)

Pemberi kemudahan kredit yang gagal mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Pengehadan caj terma 24t.  (1)  Kadar caj terma berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang di bawah suatu perjanjian jualan kredit sebagaimana yang dikira mengikut formula yang ditetapkan tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan berkenaan dengan barang atau kelas barang itu.

(2)

Jika suatu perjanjian jualan kredit dibuat dengan melanggar subseksyen (1), pembeli boleh, melalui notis secara bertulis kepada pemberi kemudahan kredit, memilih—

(a)

untuk menganggap perjanjian itu sebagai tidak sah; atau

(b)

supaya amaun lebihan itu dikurangkan daripada jumlah amaun caj terma yang kena dibayar olehnya di bawah perjanjian itu.

(3)

Jika pembeli itu memilih untuk menganggap perjanjian jualan kredit itu sebagai tidak sah di bawah perenggan (2)(a)—

(a)

perjanjian itu hendaklah menjadi tidak sah;

WJW21/1045 Akta 599.indd 55 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 599

(b)

pemberi kemudahan kredit itu hendaklah membayar balik kepada pembeli apa-apa amaun yang telah dibayar daripada jumlah amaun yang kena dibayar atau balasan lain yang diberikan oleh atau bagi pihak pembeli di bawah perjanjian itu; dan

(c)

pembeli itu hendaklah menyerahkan balik barang yang dibeli itu kepada pemberi kemudahan kredit itu.

(4)

Jika pembeli memilih supaya amaun lebihan itu dikurangkan daripada jumlah amaun caj terma yang kena dibayar olehnya di bawah perenggan (2)(b), pemberi kemudahan kredit itu hendaklah mengurangkan amaun lebihan itu daripada jumlah amaun caj terma yang kena dibayar di bawah perjanjian jualan kredit itu.

(5)

Jika selepas pengurangan dibuat di bawah subseksyen (4), didapati bahawa jumlah amaun caj terma yang kena dibayar telah terlebih dibayar oleh pembeli di bawah perjanjian jualan kredit itu, pembeli itu boleh menolak amaun yang terlebih dibayar itu terhadap jumlah amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu.

(6)

Pemberi kemudahan kredit yang gagal mematuhi subseksyen (1), perenggan (3)(b) atau subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

(7)

Pembeli yang gagal mematuhi perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan.

(8)

Dalam seksyen ini, “amaun lebihan” ertinya perbezaan antara amaun caj terma berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang di bawah suatu perjanjian jualan kredit dengan amaun caj terma sebagaimana yang dikira mengikut kadar yang ditetapkan.

Pengehadan tempoh bayaran ansuran dan caj 24u.  (1)  Tempoh bayaran ansuran di bawah suatu perjanjian jualan kredit tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan.

(2)

Kadar caj bayaran lewat ke atas ansuran lampau tempoh yang dikenakan di bawah suatu perjanjian jualan kredit tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan.

WJW21/1045 Akta 599.indd 56 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 57

(3)

Pemberi kemudahan kredit yang gagal mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Kemungkiran pembayaran ansuran oleh pembeli 24v.  (1)  Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran dua ansuran berturut-turut oleh pembeli di bawah suatu perjanjian jualan kredit, pemberi kemudahan kredit hendaklah mengeluarkan suatu notis kepada pembeli mengenai penyelesaian ansuran lampau tempoh di bawah perjanjian itu.

(2)

Apabila notis di bawah subseksyen (1) diterima, pembeli boleh dalam masa dua puluh satu hari memilih untuk—

(a)

membayar ansuran lampau tempoh dan caj bayaran lewat itu kepada pemberi kemudahan kredit;

(b)

membuat penyelesaian awal bagi perjanjian jualan kredit itu dengan membayar jumlah amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu kepada pemberi kemudahan kredit; atau

(c)

menamatkan perjanjian jualan kredit itu dan menyerahkan balik barang yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit mengikut seksyen 24w.

(3)

Jika pembeli memilih untuk membuat penyelesaian awal di bawah perenggan (2)(b), pemberi kemudahan kredit hendaklah memberi rebat berkanun kepada pembeli itu.

(4)

Jika pembeli gagal membuat pemilihan di bawah subseksyen (2), pemberi kemudahan kredit boleh mendapatkan, melalui prosiding undang-undang, amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar oleh pembeli itu di bawah perjanjian jualan kredit sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada pemberi kemudahan kredit itu.

(5)

Pemberi kemudahan kredit yang gagal mematuhi subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan.

WJW21/1045 Akta 599.indd 57 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 599

Penyerahan balik barang 24w.  (1)  Pembeli boleh, pada bila-bila masa atau apabila pemilihan di bawah perenggan 24v(2)(c) dibuat, menyerahkan balik barang yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit.

(2)

Pembeli hendaklah menyerahkan balik barang yang dibeli pada tarikh yang dipersetujui oleh pemberi kemudahan kredit dan pembeli itu, dan di tempat perniagaan pemberi kemudahan kredit yang terdekat dengan tempat di mana barang yang dibeli itu disimpan atau digunakan atau di tempat lain yang dipersetujui oleh pemberi kemudahan kredit dan pembeli itu.

(3)

Jika barang yang dibeli itu diserahkan balik di bawah subseksyen (1), pemberi kemudahan kredit tidak boleh mengenakan apa-apa kos yang ditanggung oleh pemberi kemudahan kredit itu bagi penyimpanan barang yang dibeli itu atau apa-apa kos sampingan yang lain.

(4)

Apabila barang yang dibeli yang diserahkan balik oleh pembeli di bawah subseksyen (1) diterima, pemberi kemudahan kredit hendaklah menjual atau selainnya melupuskan barang yang dibeli itu.

(5)

Jika barang yang dibeli yang diserahkan balik oleh pembeli di bawah subseksyen (1) dijual atau dilupuskan, pembeli itu berhak kepada harga yang terbaik yang boleh diperoleh secara munasabah oleh pemberi kemudahan kredit itu apabila barang yang dibeli itu dijual atau dilupuskan.

(6)

Jika terdapat apa-apa lebihan antara hasil jualan atau pelupusan barang yang dibeli yang diserahkan balik itu dengan amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar di bawah perjanjian jualan kredit, pemberi kemudahan kredit hendaklah membayar amaun lebihan itu kepada pembeli.

(7)

Jika terdapat apa-apa kekurangan antara hasil jualan atau pelupusan barang yang dibeli yang diserahkan balik itu dengan amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar di bawah perjanjian jualan kredit, pembeli hendaklah membayar amaun yang kurang itu kepada pemberi kemudahan kredit.

WJW21/1045 Akta 599.indd 58 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 59

(8)

Jika pembeli gagal membayar amaun yang kurang itu kepada pemberi kemudahan kredit di bawah subseksyen (7), pemberi kemudahan kredit itu boleh mendapatkan, melalui prosiding undang-undang, amaun yang kurang itu sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada pemberi kemudahan kredit itu.

(9)

Pemberi kemudahan kredit yang gagal mematuhi subseksyen (3), (4) atau (6) melakukan suatu kesalahan.

Sekatan ke atas pendedahan atau pengedaran data peribadi 24x.  Pemberi kemudahan kredit tidak boleh mendedahkan atau mengedarkan data peribadi pembeli yang diperoleh di bawah suatu urus niaga jualan kredit kepada pihak ketiga melainkan jika pembeli itu telah dimaklumkan tujuan pendedahan atau pengedaran itu dan suatu kebenaran bertulis daripada pembeli itu telah diperoleh.

Larangan ke atas pengambilan semula milikan barang 24y.  Pemberi kemudahan kredit tidak boleh pada bila-bila masa, sama ada atas kemungkiran pembayaran ansuran atau selainnya, mengambil semula milikan barang yang dibeli daripada pembeli.

Pelanggaran seksyen 24x atau 24y adalah suatu kesalahan 24z.  (1)  Pemberi kemudahan kredit yang melanggar seksyen 24x atau 24y melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya.

WJW21/1045 Akta 599.indd 59 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 599

(2)

Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (1), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Peraturan-peraturan yang berhubungan dengan urus niaga jualan kredit 24aa.  (1)  Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat berkenaan dengan urus niaga jualan kredit dan perjanjian jualan kredit.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

tatacara yang berhubungan dengan pembuatan dan penyempurnaan perjanjian jualan kredit termasuk perlakuan pihak-pihak sebelum dan selepas pembuatan perjanjian itu; dan

(b)

formula dan kadar bagi caj terma, tempoh ansuran, rebat berkanun, caj bayaran lewat, fi tempahan dan caj sampingan.