Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 27

Dalam apa-apa prosiding bagi kesalahan di bawah seksyen 25, adalah menjadi suatu pembelaan jika orang yang dipertuduh itu membuktikan—

(a)

bahawa pelanggaran itu disebabkan oleh—

(i)

suatu kekhilafannya yang munasabah;

(ii)

pergantungan yang munasabah pada maklumat yang diberikan kepadanya;

(iii)

perbuatan atau keingkaran seseorang lain;

(iv)

kemalangan; atau

(v)

sesuatu sebab di luar kawalannya; dan

WJW21/1045 Akta 599.indd 61 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 599

(b)

bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelanggaran itu olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang di bawah kawalannya.

Pembelaan penyiaran suci hati bagi iklan