Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Jika kesalahan di bawah seksyen 25 dilakukan melalui penyiaran sesuatu iklan, menjadi suatu pembelaan dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan itu jika orang yang dipertuduh itu membuktikan bahawa—
(a)
perniagaannya ialah menyiarkan atau mengurus penyiaran iklan; dan
(b)
dia menerima iklan itu atau maklumat yang terkandung dalam iklan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi penyiaran dalam perjalanan biasa perniagaannya;
dan
(c)
dia tidak tahu dan tiada sebab untuk mengesyaki bahawa penyiaran iklan itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 25.
Kuasa mahkamah untuk memberikan relief sampingan