Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
pelanggaran;
(b)
pembantuan, persubahatan, penasihatan atau penyebab bagi pelanggaran;
(c)
dorongan melalui ugutan, janji atau selainnya bagi pelanggaran;
WJW21/1045 Akta 599.indd 62 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 63
(d)
dengan apa-apa cara secara sedar terlibat dalam atau menjadi pihak kepada, sama ada secara langsung atau tidak langsung, pelanggaran; atau
(e)
berkomplot dengan mana-mana orang lain dalam pelanggaran, mana-mana peruntukan Bahagian II atau III, mahkamah boleh, tanpa menjejaskan mana-mana relief lain yang boleh diberikan olehnya, membuat mana-mana atau kesemua perintah yang disebut dalam subseksyen (2).
(2)
Bagi maksud seksyen ini, mahkamah boleh membuat perintah yang berikut:
(a)
perintah yang mengisytiharkan—
(i)
keseluruhan atau mana-mana bahagian kontrak yang dibuat antara orang yang menanggung atau mungkin menanggung kerugian atau kerosakan dengan orang yang terlibat dalam perlakuan yang disebut dalam subseksyen (1); atau
(ii)
keseluruhan atau mana-mana bahagian perkiraan kolateral yang berhubungan dengan kontrak itu, sebagai tidak sah dan, jika difikirkan patut oleh mahkamah, sebagai tidak sah ab initio atau pada bila-bila masa pada dan selepas apa-apa tarikh, sebelum tarikh perintah itu dibuat, yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
suatu perintah yang mengubah kontrak atau perkiraan itu mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu dan, jika difikirkan patut oleh mahkamah, mengisytiharkan kontrak atau perkiraan itu telah mempunyai kuat kuasa sebagaimana yang diubah sedemikian pada dan selepas apa-apa tarikh, sebelum tarikh perintah itu dibuat, yang dinyatakan dalam perintah itu;
(c)
suatu perintah yang mengarahkan orang yang terlibat dalam perlakuan yang disebut dalam subseksyen (1)—
(i)
membayar balik wang atau memulangkan harta;
WJW21/1045 Akta 599.indd 63 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 599
(ii)
membayar amaun kerugian atau kerosakan itu;
(iii)
dengan perbelanjaan orang itu sendiri, membaiki atau mengadakan bahagian bagi barang yang telah dibekalkan olehnya;
(iv)
dengan perbelanjaan orang itu sendiri, membekalkan perkhidmatan yang dinyatakan, kepada orang yang menanggung, atau mungkin menanggung, kerugian atau kerosakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Suatu perintah di bawah perenggan (2)(a) atau (b) tidaklah menghalang prosiding dimulakan atau dikekalkan di bawah
Bahagian ini.
(4)
Dalam permohonan untuk mendapatkan perintah terhadap seseorang di bawah seksyen ini, sesuatu dapatan fakta yang dibuat dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 25, yang merupakan prosiding yang mengikutnya orang itu didapati telah terlibat dalam perlakuan daripada jenis yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta itu dan dapatan itu boleh dibuktikan dengan mengemukakan dokumen di bawah meterai mahkamah yang membuat dapatan itu.