Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), barang itu hendaklah disifatkan daripada kualiti boleh terima—
(a)
jika barang itu—
(i)
sesuai bagi semua maksud yang baginya barang daripada jenis yang berkenaan itu lazimnya dibekalkan;
(ii)
dapat diterima dari segi rupa dan kemasan;
(iii)
bebas daripada kecacatan yang kecil;
(iv)
selamat; dan
(v)
tahan lama; dan
(b)
seseorang pengguna yang munasabah yang tahu sepenuhnya tentang sifat dan keadaan barang itu, termasuk apa-apa kecacatan yang tersembunyi, akan menganggap barang itu sebagai dapat diterima dengan mengambil kira—
(i)
jenis barang;
(ii)
harga;
WJW21/1045 Akta 599.indd 66 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 67
(iii)
apa-apa pernyataan yang dibuat mengenai barang itu pada apa-apa pembungkus atau label pada barang itu;
(iv)
apa-apa representasi yang dibuat mengenai barang itu oleh pembekal atau pengilang; dan
(v)
semua hal keadaan lain yang berkaitan dengan pembekalan barang itu.
(3)
Jika apa-apa kecacatan pada barang itu telah dibawa secara khusus kepada pengetahuan pengguna sebelum dia bersetuju dengan pembekalan itu, maka barang itu tidaklah disifatkan gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima hanya oleh sebab kecacatan itu.
(4)
Jika barang dipamerkan untuk jualan atau sewaan, kecacatan yang dianggap telah dibawa secara khusus kepada pengetahuan pengguna bagi maksud subseksyen (3) ialah kecacatan yang didedahkan dalam suatu notis bertulis yang dipamerkan bersama barang itu.
(5)
Barang tidaklah disifatkan telah gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima jika—
(a)
barang itu telah digunakan dengan cara atau sehingga takat yang tidak selaras dengan cara atau takat kegunaan yang dijangkakan oleh seseorang pengguna munasabah akan didapati olehnya daripada barang itu; dan
(b)
barang itu akan mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima jika barang itu tidak digunakan dengan cara atau sehingga takat itu.
(6)
Sebutan dalam subseksyen (3) dan (4) tentang sesuatu kecacatan ialah sebutan tentang apa-apa kegagalan barang itu untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima.
WJW21/1045 Akta 599.indd 67 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 599
Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu