Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(a)
bahawa barang itu adalah semunasabahnya sesuai bagi apa-apa maksud tertentu yang telah dimaklumkan, secara nyata atau tersirat, oleh pengguna kepada pembekal sebagai maksud barang itu diperoleh oleh pengguna; dan
(b)
bahawa barang itu adalah semunasabahnya sesuai untuk apa-apa maksud tertentu yang telah dinyatakan oleh pembekal bahawa barang itu sesuai atau akan menjadi sesuai baginya.
(2)
Gerenti tersirat yang disebut dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika hal keadaan menunjukkan bahawa—
(a)
pengguna tidak bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal; atau
(b)
adalah tidak munasabah bagi pengguna untuk bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal.
(3)
Seksyen ini hendaklah terpakai sama ada atau tidak maksud itu ialah maksud yang untuknya barang itu lazimnya dibekalkan.
Gerenti tersirat bahawa barang mematuhi perihal