Malaysia legislation

Section 38

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 38

(2)

Sesuatu gerenti nyata berkenaan dengan barang yang diberikan oleh pengilang dalam sesuatu dokumen mengikat pengilang itu jika dokumen itu diberikan kepada pengguna dengan kuasa sebenar atau tampak pengilang itu berkaitan dengan pembekalan barang itu oleh pembekal kepada pengguna.

(3)

Sesuatu gerenti nyata yang terkandung dalam sesuatu dokumen yang berhubungan dengan barang dan yang tampaknya telah dibuat oleh pengilang barang itu hendaklah, dalam ketiadaan bukti sebaliknya, dianggap telah dibuat oleh pengilang itu.

(4)

Bukti bahawa pengguna telah diberi dokumen yang mengandungi gerenti nyata oleh pengilang berkenaan dengan barang berkaitan dengan pembekalan barang itu kepada pengguna itu hendaklah, dalam ketiadaan bukti sebaliknya, menjadi bukti bahawa dokumen itu telah diberikan kepada pengguna itu dengan kebenaran pengilang itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “gerenti nyata”, berhubung dengan apa-apa barang, ertinya suatu aku janji, penegasan atau representasi berhubung dengan—

(a)

kualiti, prestasi atau ciri-ciri barang itu;

(b)

pemberian perkhidmatan yang diperlukan atau mungkin pada bila-bila masa diperlukan berkenaan dengan barang itu;

(c)

pembekalan barang ganti yang diperlukan atau mungkin pada bila-bila masa diperlukan bagi barang itu;

(d)

kebolehdapatan pada masa hadapan barang yang serupa, atau barang yang menjadi atau membentuk sebahagian daripada suatu set yang dibentuk sebahagiannya oleh barang berhubungan dengan aku janji, penegasan atau representasi itu diberikan atau dibuat; atau

(e)

pemulangan wang atau balasan lain sekiranya barang itu tidak memenuhi apa-apa aku janji oleh penggerenti, yang diberikan atau dibuat berkaitan dengan pembekalan barang itu atau berkaitan dengan penggalakan melalui apa-apa cara pembekalan atau penggunaan barang itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 71 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 599

Section 38 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my