Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 40

Kekecualian berkenaan dengan gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima

Walau apa pun seksyen 39, tiada hak tebus rugi terhadap pembekal barang di bawah Akta ini berkenaan dengan kegagalan barang itu untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima jika—

(a)

pengilang membuat representasi berkenaan dengan barang itu selain dengan suatu pernyataan pada apa-apa pembungkus atau label; dan

(b)

barang itu akan mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima sekiranya representasi itu telah tidak dibuat.

Pilihan terhadap pembekal jika barang tidak mematuhi gerenti