Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 42

(a)

membaiki barang, jika kegagalan itu tidak berkaitan dengan hakmilik;

(b)

memulihkan apa-apa kecacatan hakmilik, jika kegagalan itu berkaitan dengan hakmilik;

WJW21/1045 Akta 599.indd 73 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 599

(c)

menggantikan barang itu dengan barang yang serupa jenisnya; atau

(d)

memberikan bayaran balik apa-apa wang yang telah dibayar atau balasan lain yang telah diberikan oleh pengguna berkenaan dengan barang itu jika pembekal tidak dapat dengan munasabahnya dikehendaki membaiki atau menggantikan barang itu atau memulihkan apa-apa kecacatan hakmilik.

(2)

Jika seseorang pengguna mendapat barang bagi menggantikan barang yang cacat di bawah perenggan (1)(c), barang gantian itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dibekalkan oleh pembekal dan gerenti dan obligasi di bawah Akta ini yang berhubungan dengan pembekalan barang kepada seseorang pengguna hendaklah terpakai bagi barang gantian itu.

(3)

Bayaran balik di bawah perenggan (1)(d) ertinya bayaran balik secara tunai wang yang telah dibayar atau nilai apa-apa balasan lain yang diberikan, atau kedua-duanya, mengikut kehendak keadaan.

Kehilangan hak untuk menolak barang