Malaysia legislation

Section 44

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 44

Bagi maksud perenggan 41(1)(b), kegagalan untuk mematuhi gerenti adalah bersifat substansial jika—

(a)

barang itu tidak mungkin akan diperoleh oleh pengguna yang munasabah yang tahu dengan sepenuhnya sifat dan takat kegagalan itu;

(b)

dari satu segi penting atau lebih barang itu tidak menepati perihal yang dengannya barang itu dibekalkan atau, jika dibekalkan dengan merujuk kepada sampel atau model tunjuk cara, tidak menepati sampel atau model tunjuk cara itu;

(c)

barang-barang itu—

(i)

pada matannya tidak sesuai bagi sesuatu maksud yang baginya barang jenis yang berkenaan itu pada lazimnya dibekalkan; atau

(ii)

jika subseksyen 33(1) terpakai, tidak sesuai bagi maksud tertentu yang telah dimaklumkan kepada pembekal atau dinyatakan oleh pembekal sebagai maksud yang baginya barang itu sesuai,

WJW21/1045 Akta 599.indd 75 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 599

dan barang itu tidak dapat dibetulkan dengan mudah dan dalam masa yang munasabah bagi menjadikannya sesuai bagi maksud itu; atau

(d)

kualiti barang itu bukanlah kualiti boleh terima mengikut pengertian seksyen 32 kerana ia tidak selamat.

Cara menolak barang