Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 49

(2)

Liabiliti di bawah Akta ini bagi pemegang serah hak hak pembekal di bawah sesuatu kontrak pembekalan tidak boleh melebihi amaun yang terhutang oleh pengguna di bawah kontrak itu pada tarikh penyerahhakan.

(3)

Liabiliti di bawah Akta ini bagi pembiaya yang telah meminjamkan wang berdasarkan cagaran barang yang dibekalkan kepada pengguna tidak boleh melebihi amaun yang terhutang oleh pengguna pada tarikh peminjaman.

(4)

Jika pemegang serah hak yang disebut dalam subseksyen (2)

atau pembiaya yang disebut dalam subseksyen (3) menanggung apa-apa kerugian disebabkan oleh liabiliti kepada pengguna di bawah Akta ini, pemegang serah hak atau pembiaya itu hendaklah, tertakluk pada apa-apa perjanjian dengan pembekal, berhak untuk ditanggung rugi oleh pembekal terhadap kerugian itu.

(5)

Tiada penyerahhakan hak di bawah sesuatu kontrak pembekalan boleh menjejaskan penggunaan mana-mana hak atau remedi yang diberikan di bawah Akta ini terhadap pembekal.

Section 49 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my