Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(a)
ditentukan melalui kontrak;
(b)
dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak; atau
(c)
dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak-pihak itu.
(2)
Jika terdapat kegagalan untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah subseksyen (1), hak tebus rugi bagi pengguna hanyalah untuk enggan membayar lebih daripada harga yang munasabah itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam Bahagian IX boleh dikira sebagai memberi pengguna apa-apa hak tebus rugi yang lain.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, apa yang dikatakan “harga yang munasabah” ialah persoalan fakta yang bergantung pada hal keadaan setiap kes tertentu, dan jika harga telah ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, harga yang munasabah hendaklah sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang-undang bertulis itu.