Malaysia legislation

Section 62

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 62

Bagi maksud perenggan 60(1)(b), kegagalan untuk mematuhi gerenti adalah bersifat substansial jika—

(a)

keluaran hasil daripada perkhidmatan itu—

(i)

pada matannya tidak sesuai bagi sesuatu maksud yang baginya perkhidmatan jenis yang berkenaan itu pada lazimnya dibekalkan; atau

(ii)

jika subseksyen 54(1) terpakai—

(A)

tidak sesuai bagi maksud tertentu yang telah dimaklumkan kepada pembekal; atau

(B)

adalah sedemikian rupa jenis dan kualitinya sehingga keluaran itu tidak dapat dijangka akan mencapai sesuatu hasil tertentu yang telah dimaklumkan kepada pembekal, dan keluaran itu tidak dapat dibetulkan dengan mudah dan dalam masa yang munasabah bagi menjadikannya sesuai bagi maksud tertentu atau untuk mencapai hasil tertentu itu; atau

(b)

keluaran hasil daripada perkhidmatan itu adalah tidak selamat.

Kaedah-kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak