Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(a)
sebelum masa pembatalan itu dimaklumkan kepada pembekal; atau
(b)
jika pembekal tidak dapat dihubungi dengan cara munasabah untuk dilaksanakan, sebelum masa pengguna menunjukkan kepada pembekal, dengan cara yang munasabah dalam hal keadaan itu, niatnya untuk membatalkan kontrak itu.
WJW21/1045 Akta 599.indd 86 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 87
(2)
Tertakluk pada subseksyen (3), pembatalan kontrak boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedua-duanya yang menunjukkan niat pengguna untuk membatalkan kontrak itu, dan tidaklah perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu, selagi niat untuk membatalkan kontrak itu jelas.
(3)
Jika pembekal dapat dihubungi dengan cara yang munasabah untuk dilaksanakan, subseksyen (2) hendaklah mula berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa peruntukan nyata dalam kontrak itu yang menghendaki notis pembatalan dalam bentuk bertulis.
Kesan pembatalan kontrak