Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
(a)
pengguna berhak untuk mendapat bayaran balik daripada pembekal apa-apa wang yang telah dibayar atau apa-apa balasan lain yang telah diberikan berkenaan dengan perkhidmatan itu melainkan jika mahkamah atau Tribunal, mengikut mana-mana yang berkenaan, memerintahkan bahawa pembekal boleh menyimpan kesemua atau mana-mana bahagian wang yang telah dibayar atau apa-apa balasan lain yang telah diberikan oleh pengguna;
(b)
setakat yang kontrak itu telah dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak boleh oleh sebab pembatalan dilucut haknya mengenai apa-apa harta yang dipindahkan atau wang yang dibayar di bawah kontrak itu, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan (a); dan
(c)
setakat yang kontrak itu masih belum dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak wajib atau berhak untuk melaksanakannya selanjutnya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menyentuh—
(a)
hak sesuatu pihak untuk mendapat ganti rugi berkenaan dengan salah nyataan atau penolakan atau pelanggaran kontrak oleh pihak lain;
WJW21/1045 Akta 599.indd 87 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 88
Akta 599
(b)
hak pengguna untuk mendapat ganti rugi di bawah subperenggan 60(1)(b)(ii) atau subseksyen 60(2) bagi kegagalan untuk mematuhi gerenti; atau
(c)
hak pengguna di bawah Akta ini untuk menolak barang yang dibekalkan berkaitan dengan perkhidmatan.
Kuasa mahkamah untuk memberikan relief sampingan