Malaysia legislation

Section 65

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 65

(2)

Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh—

(a)

pengguna;

(b)

pembekal; atau

(c)

mana-mana orang lain yang menanggung kerugian.

(3)

Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh—

(a)

meletakhakkan pada mana-mana pihak kepada prosiding itu keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana harta tak alih atau harta alih yang menjadi subjek kontrak itu atau merupakan keseluruhan atau sebahagian daripada balasan baginya;

(b)

mengarahkan mana-mana pihak kepada prosiding itu supaya memindahkan atau menyerahhakkan kepada mana-mana pihak lain atau untuk memberinya milikan keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana harta tak alih atau harta alih yang menjadi subjek kontrak itu atau merupakan keseluruhan atau sebahagian daripada balasan baginya;

WJW21/1045 Akta 599.indd 88 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 89

(c)

tanpa menjejaskan apa-apa hak untuk mendapat ganti rugi, mengarahkan mana-mana pihak kepada prosiding itu supaya membayar kepada mana-mana pihak lain apa-apa jumlah wang yang difikirkan adil oleh mahkamah;

atau

(d)

membenarkan pembekal menyimpan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada apa-apa wang yang telah dibayar atau apa-apa balasan lain yang diberikan berkenaan dengan perkhidmatan di bawah kontrak itu.

(4)

Suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau mana-mana peruntukannya, boleh dibuat atas dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah, yang bukannya suatu terma atau syarat yang mempunyai kesan menghalang tuntutan ganti rugi oleh mana-mana pihak.

(5)

Dalam menimbangkan sama ada untuk membuat perintah di bawah seksyen ini, dan dalam menimbangkan terma-terma dan syarat-syarat yang mahkamah bercadang untuk mengenakannya, mahkamah hendaklah mengambil kira yang berikut:

(a)

apa-apa manfaat atau kelebihan yang didapati oleh pengguna oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan oleh pembekal dalam atau bagi maksud pembekalan perkhidmatan itu;

(b)

nilai, pada pendapat mahkamah, apa-apa kerja atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pembekal dalam atau bagi maksud pembekalan perkhidmatan itu;

(c)

apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh pengguna atau pembekal dalam atau bagi maksud pelaksanaan perkhidmatan itu;

(d)

takat pembekal atau pengguna telah atau mungkin terdaya melaksanakan kontrak itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(6)

Tiada perintah di bawah perenggan (3)(a) boleh dibuat jika ia akan mempunyai kesan melucutkan daripada seseorang, yang bukannya pihak kepada kontrak itu, milikan, atau apa-apa estet atau kepentingan dalam, apa-apa harta yang diperolehnya dengan suci hati dan bagi balasan berharga.

WJW21/1045 Akta 599.indd 89 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 599

(7)

Tiada perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa harta jika mana-mana pihak kepada kontrak itu telah mengubah kedudukannya berhubung dengan harta itu dengan sebegitu rupa, sama ada sebelum atau selepas pembatalan kontrak itu, dengan mengambil kira semua hal keadaan yang berkaitan, sehingga pada pendapat mahkamah, tidaklah saksama kepada mana-mana pihak untuk membuat perintah yang sedemikian.