Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota
(a)
jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama Majlis;
(b)
jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggota Majlis;
(c)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
(iii)
suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(iv)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
WJW21/1045 Akta 599.indd 99 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 100
Akta 599
(d)
jika dia dihukum bankrap;
(e)
jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan urusannya; atau
(f)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengerusi Majlis.
Peletakan jawatan