Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Keanggotaan Tribunal
(a)
seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; dan
(b)
tidak kurang daripada lima orang anggota—
(i)
yang merupakan anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan atau orang yang berkelayakan mengikut pengertian Akta Profesion
Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam
Bela Sabah [Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela
Sarawak [Bab 110], mengikut kehendak keadaan;
(ii)
orang yang tidak termasuk dalam subperenggan (i)
tetapi memegang atau pernah memegang jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat kepada
Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92]; atau
(iii)
apa-apa gabungan anggota dari subperenggan (i)
atau (ii).
WJW21/1045 Akta 599.indd 103 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 104
Akta 599
(2)
Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b)—
(a)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun; dan
(b)
adalah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik lebih daripada tiga tempoh berturut-turut.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi