Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 8

Bagi maksud Bahagian ini—

(a)

“palsu”, “mengelirukan” atau “memperdaya”, berhubung dengan perlakuan, representasi atau amalan, termasuklah perlakuan, representasi atau amalan yang boleh menyebabkan seseorang pengguna melakukan kesilapan;

dan

(b)

“harga”, berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan, sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan keluasan takrif

“harga” dalam seksyen 3, ertinya—

(i)

agregat jumlah wang yang dikehendaki supaya dibayar oleh pengguna bagi atau selainnya berkenaan dengan pembekalan barang atau perkhidmatan itu; atau

(ii)

kecuali dalam subseksyen 12(3) dan (4), apa-apa cara yang akan atau telah terpakai bagi maksud menentukan agregat itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 23 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 599

Perlakuan yang mengelirukan