Malaysia legislation

Section 96

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 96

Sidang Tribunal

(a)

Pengerusi Tribunal;

(b)

Timbalan Pengerusi Tribunal; atau

(c)

mana-mana anggota Tribunal yang dipilih oleh Pengerusi.

(2)

Tribunal boleh bersidang dalam dua sidang atau lebih pada hari dan masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh

Pengerusi.

(3)

Jika orang yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu tuntutan mati atau menjadi tidak upaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan pendengaran itu atau membereskan prosiding itu, prosiding itu hendaklah didengar semula oleh seorang anggota lain Tribunal, melainkan jika pihak-pihak bersetuju prosiding itu diteruskan oleh seorang anggota lain Tribunal.

(4)

Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota Tribunal di bawah seksyen ini tamat semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan sesuatu tuntutan, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga tuntutan itu dibereskan dengan muktamad.

Pemulaan prosiding

Section 96 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my